Tracing, fonik, nombor, bentuk dan busy book. Bina asas menulis dan membaca sebelum anak masuk darjah satu.
Modul KSSR, latihan berperingkat dan set ujian untuk Matematik, English dan Sains. Sesuai untuk ulangkaji harian dan persediaan peperiksaan.
Jawi dan bahan Islamik, seni dan kraf, kemahiran hidup. Untuk hari yang anak perlukan sesuatu selain daripada latihan biasa.
Bukan sekadar kumpulan worksheet random. Worksheet kami disusun mengikut peringkat umur, siap guna, dan boleh digunakan untuk anak kedua dan ketiga.
Pilih pakej yang sesuai dengan umur anak. Semua harga sekali bayar — tiada langganan bulanan.
Klik umur anak anda untuk terus ke pakej yang betul.
Discover the benefits of studying at our center. We dare to affirm that our center has the most scientific method for comprehensive development
Saya print seminggu sekali, masukkan dalam fail, lepas tu tiap-tiap petang lepas mandi anak ambil satu helaian. Tak payah paksa dah sebab dia dah tahu itu ‘masa dia’. Yang saya suka, latihan dia makin susah sikit-sikit — bukan semua sama tahap.
Anak saya darjah 4 dengan adik dia 3 tahun. Dulu bila abang buat kerja sekolah, adik mesti kacau. Sekarang saya bagi adik helaian tracing, abang buat modul Matematik dia. Dua-dua duduk meja sama, senyap 40 minit. Itu je yang saya nak sebenarnya.
Saya tak ada printer di rumah, jadi mula-mula ragu-ragu nak beli. Rupanya boleh buka terus atas tablet dan anak tulis guna stylus. Kalau nak print pun, saya hantar kedai fotostat sekali banyak, murah je. Latihan Sains tu yang paling membantu masa ulangkaji semalam sebelum ujian.