Product

STUDYBOX ialah satu pakej lengkap nota, latihan dan ujian untuk anak Darjah 1 hingga Darjah 6 — lebih 1,000 bahan belajar digital ditambah tiga aplikasi latihan interaktif. Semuanya mengikut DSKP dan KSSR, dan tersedia dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.

  • 1,000+ bahan belajar
  • Darjah 1–6 · 7–12 tahun
  • Dwibahasa (sesuai DLP)
  • Ikut DSKP & KSSR
  • Boleh diprint
  • Akses seumur hidup

Koleksi nota, latihan dan ujian

  • Koleksi nota & latihan Darjah 1–6

    Nota ringkas bergambar dan lembaran latihan untuk setiap subjek utama sekolah rendah. Inilah bahan harian anak anda.

    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains
    • Pendidikan Islam
  • Soalan UASA Tahun 4–6

    Kertas Ujian Akhir Sesi Akademik yang lengkap, sesuai untuk persediaan sebenar di rumah.

    • 10 set bagi setiap subjek
    • Dalam dua bahasa
    • Lengkap dengan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
    • Lengkap dengan skema jawapan dan panduan penskoran
  • Contoh soalan MPT4 Darjah 4

    Modul latihan MPT4 untuk membantu anak membiasakan diri dengan format dan jenis soalan.

    • Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains
    • 100 soalan bagi setiap bahagian
    • Dalam dua bahasa
    • Lengkap dengan JSU dan skema jawapan

Tiga aplikasi latihan interaktif

Ketiga-tiga aplikasi berjalan terus dalam pelayar telefon, tablet atau komputer. Tiada aplikasi untuk dipasang, tiada pendaftaran, dan semuanya meliputi Tahun 1 hingga Tahun 6 dalam dua bahasa.

StudyBox MathQuest — Matematik

  • 12 kemahiran teras: nombor, operasi, pecahan, perpuluhan, wang, peratus dan nisbah
  • Latihan berstruktur, soalan aneka pilihan dan penerangan jawapan bagi setiap topik
  • Latihan topik, kuiz campuran dan latihan adaptif
  • Penjana peperiksaan berasaskan JSU — pilih 10, 20 atau 30 soalan ikut aras kesukaran
  • Permainan, Cabaran Harian, XP, bintang dan ganjaran
  • Dashboard Kemajuan, serta Dashboard Ibu Bapa & Guru

StudyBox English Adventure — Bahasa Inggeris

  • 48 modul pembelajaran tersusun dengan ratusan soalan latihan mengikut topik
  • Ujian diagnostik untuk mengenal pasti tahap sebenar anak sebelum mula
  • Quiz & Challenge pelbagai tahap, serta enam permainan interaktif
  • Mistake Book mengumpulkan soalan yang salah untuk diulang semula
  • Flashcard, lembaran kerja dan panduan ulang kaji yang boleh dicetak
  • Sistem bintang, lencana dan skor penguasaan, dengan Laporan Ibu Bapa

StudyBox ScienceSpark — Sains

  • 63 topik teras Tahun 1–6: Kemahiran Saintifik, Manusia, Haiwan, Tumbuhan, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Angkasa serta Teknologi
  • Nota komprehensif dwibahasa berpandukan DSKP dan KSSR
  • 20 soalan ulang kaji setiap topik, dengan penerangan selepas latihan
  • Permainan padanan, Betul atau Salah, dan Pengembaraan Padanan Sains
  • Penjana lembaran kerja dan peperiksaan berasaskan JSU
  • Set akhir tahun Tahun 4–6 mengikut struktur UASA Sains 2025

Kenapa ibu bapa & guru pilih STUDYBOX

  • Semua bahan sudah tersusun mengikut darjah dan subjek — tak perlu lagi cari dan kumpul satu per satu.
  • Setiap topik ada nota, latihan dan ujian, jadi anak bukan sekadar membaca tetapi benar-benar berlatih.
  • Skema jawapan disertakan, jadi anda boleh menyemak sendiri tanpa perlu menjadi pakar subjek.
  • JSU menunjukkan konstruk dan aras kesukaran setiap soalan — anda nampak jenis soalan mana anak tersangkut, bukan sekadar markah akhir.
  • Persediaan awal untuk UASA dan MPT4 tanpa perlu menunggu kelas tambahan.
  • Boleh diprint, atau terus dibuat atas telefon, tablet dan laptop.
  • Guru boleh terus guna sebagai bahan kelas — jimat masa penyediaan harian.
  • Sekali beli, akses kekal. Boleh cetak berulang kali untuk adik-beradik yang lain.

Sesuai untuk: ibu bapa yang ada anak Darjah 1 hingga Darjah 6, guru sekolah rendah, dan keluarga homeschool.

Format: fail digital (PDF dan aplikasi web) yang dihantar melalui pautan Google Drive selepas pembayaran disahkan. Tiada penghantaran fizikal.

Alhamdulillah, saya dah go through STUDYBOX. Nota ringkas, latihan mudah difahami dan siap ada skema jawapan. Memang berbaloi dan sangat membantu untuk parents yang ada anak darjah 1–6.

Nur Farah Amilin — Suri Rumah

Kalau anda beli bahan mengajar seperti ini satu demi satu di luar sana, modalnya boleh mencecah RM500 hingga RM1,000.

Dengan STUDYBOX, semuanya sudah tersedia dalam satu koleksi — tanpa perlu buang masa mencari bahan yang sesuai untuk setiap darjah dan setiap subjek.

Apa yang anda dapat selepas membeli

  • Akses seumur hidup kepada seluruh koleksi PDF
  • Akses kepada ketiga-tiga aplikasi latihan
  • Boleh muat turun bila-bila masa
  • Boleh diprint berulang kali untuk kegunaan anak anda

Lesen End User: pakej ini untuk kegunaan sendiri sahaja — untuk anak anda, murid anda, atau kelas anda. Bahan ini tidak boleh diubah suai, dijual semula, atau diedarkan kepada pihak lain.

Soalan lazim

Bila saya dapat akses?

Sebaik pembayaran disahkan, pautan akses akan dihantar kepada anda. Semua fail tersimpan dalam Google Drive dan boleh dimuat turun bila-bila masa.

Perlukah saya daftar akaun untuk guna aplikasi?

Tidak. Ketiga-tiga aplikasi berjalan terus dalam pelayar tanpa pendaftaran. Kemajuan anak disimpan pada peranti atau pelayar yang digunakan, jadi gunakan peranti yang sama setiap kali.

Bahan ini dalam bahasa apa?

Dua bahasa. Nota, kertas UASA, soalan MPT4 dan ketiga-tiga aplikasi tersedia dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris — sesuai untuk kelas DLP.

Anak saya baru Darjah 1. Terlalu awal?

Tidak. Koleksi nota dan latihan bermula dari Darjah 1, dan ketiga-tiga aplikasi juga bermula dari Tahun 1. Kertas UASA pula untuk Tahun 4–6, jadi ia boleh disimpan untuk kemudian.

Perlu ke saya print semua?

Tidak perlu. Print hanya topik yang sedang digunakan. Ramai ibu bapa terus buat lembaran atas tablet menggunakan aplikasi nota seperti Kilonotes atau GoodNotes.

Boleh guna untuk lebih daripada seorang anak?

Boleh. Fail yang sama boleh dicetak semula untuk adik-beradik lain dalam keluarga anda.

Product was successfully added to your cart!

Select at least 2 products
to compare