Product

KIDDOKIT+ ialah satu master koleksi bahan belajar digital untuk anak pra sekolah dan tadika berumur 2 hingga 7 tahun — lebih 10,000 bahan merangkumi lembaran aktiviti, video cerita, kuiz interaktif dan ebook. Semuanya sudah siap direka dan disusun mengikut umur serta subjek.

  • 10,000+ bahan belajar
  • 2–7 tahun
  • Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
  • Boleh diedit dalam Canva
  • Boleh diprint
  • Akses seumur hidup

Koleksi utama

  • Early Explorers 2–4 tahun

    Bahan pendidikan asas untuk anak kecil mula mengenal nombor, huruf dan aktiviti sensori mudah. Disusun mengikut topik dan umur.

    • Early Literacy (BM & BI)
    • Early Numeracy (BM & BI)
    • Maths & Science (BM & BI)
    • Thinking Skills and Play
    • Fine Motor and Creative
  • Bright Achievers 5–7 tahun

    Direka khas untuk persediaan masuk sekolah rendah — bacaan ayat, tolak-tambah, pemahaman dan kemahiran berfikir.

    • Early Literacy (BM & BI)
    • Early Numeracy (BM & BI)
    • Maths & Science (BM & BI)
    • Thinking Skills and Play
    • Fine Motor and Creative
  • Bijak Fonik 3–6 tahun

    Siri bacaan fonik lengkap untuk membantu anak mula membaca dengan kaedah fonik.

    • Fonik Bahasa Melayu
    • Fonik Bahasa Inggeris
    • Latihan sebutan & bacaan
    • Aktiviti gunting dan tampal

Koleksi bonus percuma

Empat koleksi tambahan ini disertakan sekali dengan pembelian anda, tanpa bayaran tambahan.

Little Ummah

  • Koleksi bahan pembelajaran Islamik yang mesra kanak-kanak
  • Latihan suku kata terbuka dan tertutup
  • Pengenalan tulisan Jawi

5 Set Ujian Diagnostik Darjah 1

  • Lima set ujian penuh untuk mengenal pasti tahap penguasaan anak
  • Meliputi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
  • Membantu anda melihat kekuatan dan bahagian yang perlu diperbaiki

Koleksi prasekolah tambahan

  • 8,800+ helaian aktiviti boleh cetak
  • 110+ video Full HD dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, 2–3 minit setiap satu
  • 90 kuiz permainan dengan animasi dan suara latar
  • 500+ ebook kanak-kanak — cerita pengembaraan, bedtime stories dan buku aktiviti
  • Video, kuiz dan lembaran kerja boleh diedit menggunakan Canva

Bijak Sifir & Latih Tubi Matematik

  • 12 Koleksi Bijak Sifir Dalam 7 Hari — sifir 2 hingga 12
  • 800+ halaman latih tubi tambah, tolak, darab dan bahagi
  • Sesuai dijadikan rutin harian lima minit

Kenapa ibu bapa & guru pilih KIDDOKIT+

  • Semua bahan sudah tersusun mengikut umur dan subjek — tak perlu lagi cari dan kumpul satu per satu.
  • Anak boleh buat sendiri dengan pengawasan minimum kerana aktiviti disusun secara progresif.
  • Kuiz interaktif membolehkan anak belajar sambil bermain, jadi minat mereka kekal tinggi.
  • Pendedahan awal kepada asas membaca dan mengira sebelum melangkah ke prasekolah atau Darjah 1.
  • Kebanyakan bahan boleh diedit dalam Canva ikut keperluan anak atau kelas anda.
  • Boleh diprint, atau terus dibuat atas tablet dan iPad tanpa perlu mencetak.
  • Guru tadika boleh terus guna sebagai bahan kelas — jimat masa penyediaan harian.
  • Sekali beli, akses kekal. Boleh cetak berulang kali untuk adik-beradik yang lain.

Sesuai untuk: ibu bapa yang ada anak 2 hingga 7 tahun, guru prasekolah dan pemilik tadika, penyelia pusat transit, serta keluarga homeschool.

Format: fail digital (PDF, video dan template Canva) yang dihantar melalui pautan Google Drive selepas pembayaran disahkan. Tiada penghantaran fizikal.

Saya suka sangat produk Kiddokit+ ni, sangat memudahkan saya sediakan bahan belajar. Worksheet dan latihan semua cantik-cantik, bersemangat anak murid saya nak buat. Game dan video pun semuanya best, memang tak rugi beli.

Nur Farah Shahiba — Cikgu sekolah

Kalau anda beli bahan mengajar seperti ini satu demi satu di luar sana, modalnya boleh mencecah RM900 hingga RM1,600.

Dengan KIDDOKIT+, semuanya sudah tersedia dalam satu koleksi — tanpa perlu buang masa mengumpul satu-satu bahan yang sesuai untuk anak.

Apa yang anda dapat selepas membeli

  • Akses seumur hidup kepada seluruh master koleksi
  • Semua koleksi bonus di atas, disertakan sekali
  • Boleh muat turun bila-bila masa
  • Boleh diprint berulang kali untuk kegunaan anak anda

Lesen End User: pakej ini untuk kegunaan sendiri sahaja — untuk anak anda, murid anda, atau kelas anda. Bahan ini tidak boleh dijual semula atau diedarkan kepada pihak lain.

Soalan lazim

Bila saya dapat akses?

Sebaik pembayaran disahkan, pautan akses akan dihantar kepada anda. Semua fail tersimpan dalam Google Drive dan boleh dimuat turun bila-bila masa.

Bahan ini dalam bahasa apa?

Dua bahasa. Literasi, numerasi, matematik dan sains tersedia dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Video cerita dan koleksi fonik juga ada dalam dua bahasa.

Anak saya baru 2 tahun, belum kenal huruf. Sesuai ke?

Sesuai. Koleksi Early Explorers bermula dari aktiviti asas seperti sensori, motor halus dan mewarna, sebelum naik ke mengenal huruf dan nombor.

Perlu ke saya print semua?

Tidak perlu. Print hanya yang anda mahu guna. Ramai ibu bapa terus buat lembaran atas tablet menggunakan aplikasi nota seperti Kilonotes atau GoodNotes.

Boleh edit bahan ikut keperluan saya?

Boleh. Video, kuiz dan lembaran kerja dalam koleksi bonus boleh diedit menggunakan aplikasi Canva.

Boleh guna untuk lebih daripada seorang anak?

Boleh. Fail yang sama boleh dicetak semula untuk adik-beradik lain dalam keluarga anda.

Product was successfully added to your cart!

Select at least 2 products
to compare